W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Ahad, 12 Mei 2024 
Home

Planetarium Negara

Pengenalan

     Sejarah  Planetarium Negara bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula  pada tahun 1990 dan disiapkan dalam tahun 1993. Pelancaran tidak rasmi bermula dalam bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7hb Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan lancar, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Fungsi 

     Planetarium Negara berkhidmat sebagai kemudahan pendidikan untuk orang awam.  Ia mempunyai objektif untuk mengilhami orang awam tentang angkasa melalui pengabungan sains angkasa dan kesenian tempatan. 

Kemudahan (Tarikan) :

    • Binokular @ Galeri Penontonan
    • Bola Angkasa
    • Galeri Pameran
    • Jam Matahari Merdeka
    • Kawasan Perkelahan 
    • Panggung Angkasa
    • Taman Balai Cerap Purba
    • Theatrette (untuk di sewa)
    • Tempat Letak Kereta Percuma

Waktu & Kemasukan

     Planetarium Negara dibuka dari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin / Hari Raya Puasa / Hari Raya Haji. Waktu operasi adalah dari 9:30 pagi hingga 4:15 petang.

Pautan :

Klik di sini untuk ke Laman Web Planetarium
 

Media

 

 

 

 

 

Kembali ke atas