W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Rabu, 1 Mei 2024 
Home

Pusat Angkasa Negara

 

Pengenalan

     Pembangunan Pusat Angkasa Negara telah bermula pada penghujung tahun 2004. Pusat ini berkeluasan 400 ekar dan terletak di Sungai Lang, Banting, Selangor. Fasa pertama pembangunan melibatkan Pusat Kawalan Misi dan telah siap pada 5hb Mei 2005.

 

Pusat Kawalan Misi

     Pusat Kawalan Misi berfungsi untuk menampung aktiviti-aktiviti pengoperasian satelit dan pusat ini dilengkapi dengan peralatan komunikasi yang berupaya membuat hubungan dengan satelit-satelit yang dilancarkan ke orbit rendah dan orbit sederhana (LEO & MEO).

 

Peranan Pusat Kawalan Misi

     Peranan utama Pusat Kawalan Misi (MOC) adalah untuk Penjejakan, Telemateri dan Pengawalan (TT&C) satelit, MOC terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MSC) dan Stesen Penerimaan dan Pengprosesan Imej (IRPS). MOC bertanggungjawab untuk: Pengeluaran Satelit Orbit-Pendalaman.

     Pengeoperasian satelit Orbit-Pendalaman negara. Menyokong keperluan komunikasi  bumi-ke-angkasa dan angkasa- ke-bumi. Menyokong kerjasama antarabangsa dalam komunikasi angkasa. Pembinaan Makmal Kalibrasi RazakSAT™  bermula pada Ogos 2005. Makmal ini dijangka siap dan dapat digunakan dalam suku pertama tahun 2006.

 

Lokasi Tapak

     Lot 2233, Jalan Turi, Kampung Sungai Lang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

 

Pautan :

Klik di sini untuk risalah Pusat Angkasa Negara
Klik di sini untuk risalah Pusat Angkasa Negara
Video perasmian PAN oleh Perdana Menteri

 

Media

 

 

 

 

 

 

 

Kembali ke atas